Projek Rintis “Travel Bubble” Pulau Langkawi
Tempahan Penginapan Hotel Berlesen & Berdaftar
(Wisma MAH, Ampang, 15 September 2021) - Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) YB Dato’ Sri Hjh Nancy Shukri pada 9 September 2021, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) dari seluruh negara, bermula 16 September 2021, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, termasuk bukti tempahan / bayaran penginapan dengan hotel yang berdaftar dengan MOTAC sahaja.
Bersama ini dilampirkan senarai hotel-hotel di Langkawi yang berdaftar dengan MOTAC untuk rujukan bagi permohonan kebenaran pergerakan dan kawalan di lapangan terbang untuk pelancong yang menggunakan pengangkutan udara.
Orang ramai diingatkan untuk membuat tempahan penginapan dengan hotel yang bukan sahaja berlesen dan berdaftar dengan MOTAC, tetapi juga yang mematuhi SOP serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan.
Berikut adalah senarai hotel-hotel aktif di bawah naungan MAH yang telah bersedia menerima kehadiran pelancong dengan melakukan persiapan awal dalam memastikan pematuhan SOP sepenuhnya serta pelaksanaan norma baharu pelancongan membabitkan operasi hotel.
1. Adya Hotel Langkawi
2. Aloft Langkawi Pantai Tengah
3. Ambong Pool Villa
4. Bayview Hotel Langkawi
5. Berjaya Langkawi Resort
6. Bon Ton Restaurant & Resort
7. Casa Del Mar
8. Cenang Plaza Beach Hotel
9. Danna Langkawi Hotel, The
10. Dash Resort Langkawi
11. Dayang Bay Serviced Apartment & Resort
12. De Baron Resort
13. Four Seasons Resort Langkawi
14. Greenish Hotel Langkawi
15. Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi
16. Nadias Hotel
17. Ombak Villa Langkawi
18. Pelangi Beach Resort & Spa
19. Resorts World Langkawi
20. The Ritz-Carlton Langkawi
21. Royal Agate Beach Resort
22. Smith House, The
23. Tanjung Rhu Resort
24. Temple Tree Resort
25. The Andaman, A Luxury Collection Resort, Langkawi
26. The Datai Langkawi
27. The St. Regis Langkawi
28. The Westin Langkawi Resort & Spa
29. Vivanta By Taj - Rebak Island
Daripada senarai di atas, berikut pula adalah hotel-hotel yang telah diiktiraf dengan pensijilan “Clean & Safe Malaysia” MAH, manakala selainnya sedang di dalam proses pensijilan.
1. Bella Vista Waterfront Langkawi Hotel
2. Dash Resort Langkawi
3. Dayang Bay Serviced Apartment & Resort
4. Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi
5. Nadias Hotel
6. Pelangi Beach Resort & Spa
7. St. Regis Langkawi Hotel
8. The Danna Langkawi
9. The Westin Langkawi Resort & Spa
10. Tanjung Rhu Resort, Langkawi
11. Tengah Resort Sdn Bhd (Aloft Langkawi Pantai Tengah)
12. The Datai Langkawi
13. Vivanta By Taj - Rebak Island Langkawi
Mengulas mengenai projek rintis “Travel Bubble” Pulau Langkawi ini, Presiden MAH, Dato’ N. Subramaniam mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun berkunjung ke pulau peranginan itu melalui gelembung pelancongan yang disediakan.
“Menjadi tanggungjawab sosial setiap pengunjung yang bakal berada di Langkawi bermula Khamis ini, untuk tidak mengabaikan SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19”, ujarnya.
Semoga dengan pembukaan ini dapat membantu proses pemulihan sektor pelancongan, demi kelancaran dan kesinambungan pengoperasian hotel-hotel di Malaysia.
Senarai Hotel Berdaftar Dengan MOTAC Di Langkawi
###